Student Activity: MYC! X Munchy’s Cream-O #HappieOnz | CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES IN SCIENCE OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» NEWS » Student Activity: MYC! x Munchy’s Cream-O #HappieOnz

Student Activity: MYC! x Munchy’s Cream-O #HappieOnz

Student Activity: MYC! x Munchy’s Cream-O #HappieOnz

 

Disediakan oleh:

Dr. Nur Hana Faujan

Program Student Activity: MYC! x Munchy’s Cream-O #HappieOnz telah diadakan pada hari Selasa, 29 Ogos 2023 di Sudut EKSA, Pusat Asasi Sains Pertanian (PASP), UPM. Program ini mensasarkan penglibatan semua pelajar dan staf PASP telah diadakan pada jam 8.30 pagi – 4.30 petang. Program ini diadakan dengan kerjasama pihak Malaysian Youth Community (MYC) dan Munchy Food Industries Sdn. Bhd. Satu booth roadshow telah disediakan bertujuan berkongsi produk Munchy Cream-O dan Jack N Jill Roller Coaster secara percuma melalui pelbagai aktiviti yang diadakan. Pada program ini, 50 peserta terawal telah berjaya memperolehi bekas makanan yang berisi produk Munchy Cream-O dan Jack N Jill Roller Coaster secara percuma. Dengan adanya program ini, di harapkan para pelajar dapat merasai kegembiraan dan memenuhi masa terluang dengan aktiviti yang berfaedah sewaktu menimba ilmu di PASP apabila dapat berehat seketika di samping menikmati biskut yang berkhasiat. Di samping itu, pelajar dan staf PASP dapat berkomunikasi dan bersosial di kalangan mereka ketika melakukan aktiviti yang diadakan serta melakukan aktiviti melibatkan kerjasama industry.  Terima kasih diucapkan kepada pihak penaja, MYC Sdn Bhd. dan Munchy Food Industries Sdn. Bhd. serta semua pelajar dan staf yang telah memberikan kerjasama dan hadir pada program ini. Diharapkan agar program ini menjalinkan hubungan dua hala antara PASP dan pihak industri dalam menjalankan aktiviti yang bermanfaat kepada PASP.

Para pelajar sedang mengimbas QR Code untuk menyertai aktiviti yang dijalankan.

Para pelajar dan staf yang hadir menyertai aktiviti yang dijalankan.

 

Para pelajar dan staf yang sedang mendengar taklimat daripada pihak MYC dan Munchy untuk menyertai aktiviti yang dijalankan.

 

 

 

Booth roadshow yang telah disediakan untuk program Student Activity: MYC! x Munchy’s Cream-O #HappieOnz

 

Date of Input: 11/09/2023 | Updated: 11/09/2023 | hasniah

MEDIA SHARING

CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES IN SCIENCE OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696998
tiada
SXEbRA1~