TABLE TALK RESEARCH@ASPER | CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES IN SCIENCE OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» NEWS » TABLE TALK RESEARCH@ASPER

TABLE TALK RESEARCH@ASPER

PROGRAM

JK PENYELIDIKAN DAN PENERBITAN PASP

 

Disediakan oleh:

  1. SITI SUZILLIANA PUTRI MOHAMED ISA

AJK Penyelidikan dan Penerbitan PASP, UPM

 

 

Table Talk Research@ASPer

 

Program perbincangan & sesi perkongsian bertajuk “Table Talk Research@ASPER” telah diadakan pada 5 Ogos 2022 (Jumaat), yang bermula pada pukul 2:45 petang sehingga 5:00 petang. Program ini telah menerima penyertaan daripada 19 staf akademik Pusat Asasi Sains Pertanian, dimana kesemua peserta terdiri daripada 1 Pensyarah, 17 Pensyarah Kanan, dan 1 Professor Madya. Program dimulai dengan kata-kata aluan oleh moderator Dr. Mohd. Ezad Hafidz Bin Hafidzuddin, yang mengalu-alukan kehadiran peserta ke program ini.

 

Program dimulai dengan perkongsian pertama daripada Pensyarah unit Pertanian, iaitu En. Azham Mohamad. Beliau telah berkongsi pandangan bagaimana bidang penyelidikan beliau iaitu “Food Security” boleh dilaksanakan secara “multi-disciplinary” di kalangan staff Pusat Asasi Sains Pertanian. Perkongsian pertama adalah sehingga pukul 4 petang, kerana bidang penyelidikan “Food Security” mendapat maklum balas dan pandangan bernas daripada peserta program sendiri. Perkongsian kedua pula adalah daripada Ketua Bidang unit Fizik, iaitu Dr. Ikhwan Syafiq Mohd Noor. Beliau telah berkongsi pandangan beliau berkenaan pengalaman beliau memohon “International Grant”, bersama tips-tips yang berkesan untuk menjalin kerjasama antarabangsa bersama penyelidik luar melalui geran beliau. Perkongsian Dr. Ikhwan Syafiq Mohd Noor mengambil masa selama 30 minit, sehingga 4:20 petang. Perkongsian terakhir disampaikan oleh Pensyarah Kanan unit Kimia, iaitu Dr. Intan Diana Mat Azmi. Beliau telah berkongsi pengalaman tentang permohonan geran FRGS 2018 yang telah diluluskan, juga bagaimana beliau memperbetulkan proposal geran setelah beberapa kali ditolak. Sesi perkongsian berakhir pada pukul 4:50 petang, dan Moderator mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian 3 staff akademik (En. Azham Mohamad, Dr. Ikhwan Syafiq Mohd Noor, dan Dr. Intan Diana Mat Azmi) untuk berkongsi pengalaman, pengetahuan dan cadangan dalam penyelidikan.

 

Secara kesimpulannya, program ini mencapai objektif asal, iaitu perbincangan & sesi perkongsian tentang info terkini penyelidikan (geran, penerbitan, kolaborasi, dan lain-lain).

 

Lebih daripada 60% responden soal selidik program bersetuju bahawa:

1) Objektif program tercapai

2) Pengisian program yang sesuai

3) Suasana tempat program yang kondusif

4) Perancangan dan pelaksanaan program telah dibuat dengan lancar.

 

Terdapat beberapa cadangan penambahbaikan yang diutarakan oleh peserta, menerusi borang soal selidik. Antara cadangan tersebut adalah:

1) Melebihkan kaedah menyampaikan cadangan penyelesaian kepada permasalahan penyelidikan, berbanding sesi perkongsian berunsurkan luahan perasan di kalangan peserta

2) Moderator menetapkan tajuk perkongsian atau perbincangan, dan menjadikan info lebih padat.

 

Jawatankuasa Penyelidikan dan Penerbitan PASP, UPM merancang agar perbincangan penyelidikan di kalangan staff Pusat Asasi Sains Pertanian dilaksanakan secara berkala dan berterusan, untuk kebaikan staff dari aspek motivasi untuk menjalankan kerja penyelidikan di dalam bidang masing-masing.

 

 Gambar 1: Sesi perkongsian oleh En. Azham Mohamad dari Bidang Pertanian

Gambar 2: Sesi perkongsian oleh Dr. Ikhwan Syafiq Mohd. Noor dari Bidang Fizik

Gambar 3: Antara para pensyarah yang hadir dalam sesi Table Talk Research @ASper

Gambar 4: Sesi Table Talk Research @ASPer yang dihadiri oleh para penyelidik ASPer

Gambar 5: Sesi Table Talk Research @ASPer yang dihadiri oleh para penyelidik ASPer

 

 

Date of Input: 11/08/2022 | Updated: 11/08/2022 | hasniah

MEDIA SHARING

CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES IN SCIENCE OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696998
tiada
SXEbSAK~