Teknologi Dron | CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES IN SCIENCE OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» NEWS » Teknologi Dron

Teknologi Dron

Unit Fizik, Pusat Asasi Sains Pertanian, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah mengadakan aktiviti workshop “Drone Technology” sebagai sebahagian daripada bengkel inovasi PIITRAM2023 bertempat di Makmal Fizik 1 & 2 pada 17 Februari 2023.

 

Workshop ini jalinan kerjasama antara Unit Fizik dan Aeronerve Institute di mana seramai 46 peserta dari Sekolah Menengah Teknik, Kuala Lumpur dan juga dari orang awam.

 

Workshop ini diketuai oleh Gs. Dr. Ya’akob Mansor bagi peringkat komuniti dan Ts. Dr. Sharudin Omar Baki bagi peringkat industri, dan dijayakan bersama semua ahli Unit Fizik.

Gs. Dr. Ya’akob Mansor dan Ts. Dr. Sharudin Omar Baki yang mengetuai bengkel ini bagi peringkat komuniti dan industri.

 

Workshop inovasi ini bertujuan menyampaikan ilmu dengan memberi peluang kepada peserta untuk menjalankan pemerhatian atau aktiviti secara hands-on untuk mendapatkan pengalaman pembelajaran yang lebih baik dan sepanjang hayat.

 

Aktiviti yang dijalankan termasuklah pengenalan kepada sejarah dron dan teknologi pembuatan, ciri-ciri dan juga jenis-jenis dron. Peserta juga didedahkan dengan teknologi bebanan dron dan penggunaannya diperingkat industri, serta peraturan UAV dan keselamatan penerbangan.

 

Sesi praktikal termasuklah simulasi penerbangan dron, kawalan dron dan juga robotik dron dengan menggunakan kaedah kawalan titik laluan pengaturcaraan.

.

Penulis : Gs. Dr. Ya’akob Mansor

                Bidang Fizik, ASPer

Date of Input: 23/02/2023 | Updated: 23/02/2023 | emma

MEDIA SHARING

CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES IN SCIENCE OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696998
tiada
SXEbOAJ~