Tips And Tricks For Process Optimization | CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES IN SCIENCE OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» NEWS » Tips and Tricks For Process Optimization

Tips and Tricks For Process Optimization

Pada 31 Jan 2023 yang lalu, bertempat di Putra Learning Space (CADE), UPM, satu klinik penyelidikan yang bertajuk RSM Clinic 5.0: Tips and Tricks for Process Optimization telah dianjurkan oleh Pusat Asasi Sains Pertanian (ASPER), UPM. Response Surface Methodology (RSM) adalah satu bentuk teknik yang menggabungkan kaedah matematik dan statistik yang digunakan untuk membangunkan model empirik, menambah baik dan mengoptimumkan parameter proses dan juga untuk mengenalpasti interaksi di antara beberapa faktor penting bagi sesuatu eksperimen dalam menjalankan penyelidikan.

 

Antara objektif klinik ini dianjurkan adalah ingin memperkenalkan kepada peserta berkenaan teori-teori asas RSM, membantu mengenalpasti interaksi antara parameter dan proses, pembinaan model secara sistematik dan melatih peserta untuk menjalankan sendiri secara praktikal teknik RSM tersebut dengan menggunakan perisian terkini iaitu Design Expert 13.0.  Selain itu, perkongsian pengalaman menghasilkan penerbitan makalah berimpak tinggi dengan penggunaan teknik RSM juga menjadi agenda tujuan klinik ini dijalankan. Untuk pengetahuan, klinik RSM ini adalah siri yang kelima (5) telah dijalankan secara persendirian bersama kumpulan kecil penyelidik bersama pelajar pasca siswazah di dalam UPM mahupun diluar UPM. Selain daripada itu, kemahiran teknik RSM ini mendapat permintaan yang tinggi di kalangan penyelidik dan pelajar pasca siswazah yang ingin memulakan langkah pertama dalam merekabentuk ekperimen dalam penyelidikan. RSM dapat membantu di dalam proses awal untuk menjalankan eksperimen bagi memastikan projek penyelidikan dijalankan dapat mencapai objektif mengikut garis masa yang ditetapkan.

 

Klinik penyelidikan ini telah disampaikan oleh pensyarah ASPER iaitu Prof. Madya ChM. Dr. Siti Efliza Ashari, dalam bidang kimia. Seramai 26 peserta yang mendaftar di kalangan ahli akademik, industri dan pelajar pasca siswazah antaranya daripada universiti tempatan termasuk UPM, USM, UiTM, Unimas dan universiti swasta seperti Taylor’s University dan Sunway University serta peserta dari industry Lembaga Getah Malaysia (LGM). Klinik berlangsung selama sehari dari jam 9 pagi sehingga 5 petang. Kehadiran Timbalan Pengarah 2, ASPER, Prof. Madya. Dr. Mohd Amran Mohamad Salleh sebagai ucapan penutup dan sesi pemberian sijil kepada penceramah jemputan mengakhiri klinik  dengan jayanya. Terima kasih kepada jawatankuasa yang terlibat dalam melancarkan urusan dari awal sehingga akhir klinik berlangsung. Secara keseluruhannya, respond yang diberikan daripada peserta amat menggalakkan dan mengharapkan penganjur menganjurkan sesi lanjutan RSM pada masa akan datang.

 

 

 

 

Date of Input: 13/02/2023 | Updated: 16/03/2023 | emma

MEDIA SHARING

CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES IN SCIENCE OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696998
tiada
SXEbRAF~