UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA HARGAI TENAGA KERJA BERWIBAWA | CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES IN SCIENCE OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» NEWS » UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA HARGAI TENAGA KERJA BERWIBAWA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA HARGAI TENAGA KERJA BERWIBAWA

SERDANG, 28 Mei – Majlis Gemilang Putra (MGP) 2024 telah berlangsung dengan jayanya bagi meraikan staf Universiti Putra Malaysia yang telah memberikan perkhidmatan yang cemerlang sepanjang tahun 2023. Majlis yang disambut dengan meriah ini bertempat di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS) dihadiri oleh kira-kira 1150 orang penerima anugerah.

Majlis Gemilang Putra disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Prof. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah (Naib Canselor UPM) yang mengucapkan tahniah kepada semua penerima. “Pada kesempatan ini, saya merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada semua penerima anugerah yang telah mempamerkan prestasi cemerlang sepanjang tahun 2023. Sesungguhnya jasa bakti, kesetiaan dan komitmen warga UPM yang tidak berbelah bahagi adalah sangat dihargai” katanya.

Tidak ketinggalan dalam majlis ini, seramai lima warga Pusat Asasi Sains Universiti Putra Malaysia (ASPutra) turut menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang atas prestasi cemerlang yang dipamerkan dan seramai tiga warga ASPutra menerima Anugerah Setia Putra atas bakti yang telah dicurahkan selama 20 tahun di UPM. Menurut Pengarah ASPutra, Prof. Madya Dr. Marina Mohd Top @ Mohd. Tah yang juga merupakan penerima Anugerah Setia Putra, beliau sangat berbangga dengan pencapaian semua staf ASPutra yang menerima anugerah dan berharap semua penerima anugerah terus menjadi inspirasi kepada warga ASPutra yang lain.

Date of Input: 06/06/2024 | Updated: 06/06/2024 | hasniah

MEDIA SHARING

CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES IN SCIENCE OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696998
tiada
S.2025/3/17:5:19:02~noCache