UPM- OSAKA UNIVERSITY JOINT COLLOQUIUM (POC 2023) | CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES IN SCIENCE OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» NEWS » UPM- OSAKA UNIVERSITY JOINT COLLOQUIUM (POC 2023)

UPM- OSAKA UNIVERSITY JOINT COLLOQUIUM (POC 2023)

UPM – Osaka University Joint Colloquium 2023, atau lebih dikenali sebagai POC 2023 telah julung-julung kali diadakan secara maya pada 4 Oktober 2023. POC 2023 adalah konferensi antarabangsa antara penganjur utama iaitu Pusat Asasi Sains Pertanian (PASP), UPM dan kumpulan penyelidikan di bawah penyeliaan Prof. Hiroshi Uyama dari Universiti Osaka (OU), Jepun. Acara ini merupakan jemputan terbuka kepada penyelidik dan pelajar siswazah dari kedua-dua institusi, sebagai medan untuk berkongsi penemuan penyelidikan dan menambah ilmu pengetahuan bagi bidang berkaitan di kalangan ahli penyelidik. Acara POC 2023 menampilkan syarahan utama daripada saintis terkenal, Profesor Dr. Hiroshi Uyama dan kira-kira 20 pembentangan lisan yang dibahagikan kepada empat slot pembentangan. Tentatif program bermula pada pukul 7:30 pagi sehingga 4:30 petang, dimana pendaftaran secara maya adalah selama setengah jam. Acara pembukaan bermula daripada 8:00 pagi sehingga 9:00 pagi, dimana acara pembukaan dimulai dengan bacaan doa, ucapan pembukaan acara oleh Pengarah POC 2023 iaitu Dr. Muhammad Alif Mohammad Latif, dan ucapan perasmian oleh Pengarah PASP iaitu Prof Madya Dr. Marina Mohd. Top @ Mohd. Tah.

Sesi pembentangan pertama bermula pada pukul 9:45 pagi sehingga 11:00 pagi, dimana Pengerusi slot pembentangan adalah penyelidik PASP iaitu Dr. Mohammad Hasan Abdul Sathar. Seterusnya, sesi pembentangan kedua dipengerusikan oleh Prof. Madya Dr. Siti Nurul Ain Md. Jamil yang berlangsung selama 1 jam setengah dan tamat pada 12:45 tengahari. POC 2023 memberikan penghormatan kepada penyelidik OU iaitu Assistant Prof. Akihide Sugawara untuk mempengerusikan slot pembentangan terakhir dalam tempoh 2:00 petang sehingga 3:15 petang. Slot pembentangan terakhir dikendalikan oleh Pengarah POC 2023 sendiri, dan ucapan penutup POC 2023 disampaikan oleh Timbalan Pengarah 1 iaitu Prof. Madya Dr. Siti Nurul Ain Md. Jamil. Setiap pembentang diperuntukkan masa selama 15 minit bagi menyampaikan pembentangan masing-masing. Acara POC 2023 merangkumi pembentangan oleh fakulti dan pelajar siswazah dari PASP dan OU dalam bidang Kimia, Biologi, Fizik, Matematik dan Pertanian. Ini sejajar dengan status Universiti Penyelidikan UPM, memupuk pertukaran pengetahuan dan penyelidikan pelbagai disiplin. Besar harapan PASP agar program kerjasama antarabangsa sebegini dapat diteruskan oleh penyelidik PASP pada masa akan datang.

 

MAJLIS PERASMIAN POC 2023

 

UCAPAN ALU-ALUAN PEMBUKAAN OLEH PENGARAH PROGRAM, DR. MUHAMMAD ALIF BIN MOHAMMAD LATIF

 

UCAPAN PERASMIAN OLEH PENGARAH ASPUTRA PROF. MADYA DR. MARINA MOHD. TOP @MOHD. TAH

 

UCAPAN KEYNOTE ADDRESS OLEH PROF. DR. HIROSHI UYAMA DARI UNIVERSITI OSAKA JEPUN

 

PEMBENTANG DARI BIDANG KIMIA, ASPUTRA

 

PEMBENTANG DARI BIDANG FIZIK, ASPUTRA

 

PEMBENTANG DARI BIDANG MATEMATIK, ASPUTRA

 

PEMBENTANG DARI BIDANG BIOLOGI, ASPUTRA

 

PEMBENTANG DARI UNIVERSITI OSAKA, JEPUN

 

PEMBENTANG DI KALANGAN PELAJAR SISWAZAH, UPM


 

 

MAJLIS PENUTUP POC 2023

Disediakan oleh: Dr. Suzilliana Putri Mohamed Isa

 

Date of Input: 11/10/2023 | Updated: 11/10/2023 | emma

MEDIA SHARING

CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES IN SCIENCE OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696998
tiada
SXEbQAb~