YBhg. Dato' Naib Canselor Santuni Warga Akademik ASPutra | CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES IN SCIENCE OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA asasi
» NEWS » YBhg. Dato' Naib Canselor Santuni Warga Akademik ASPutra

YBhg. Dato' Naib Canselor Santuni Warga Akademik ASPutra

SERDANG, 6 Ogos – YBhg. Dato' Profesor Ir. Dr. Ahmad Farhan bin Mohd. Sadullah, Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM) telah mengadakan sesi perjumpaan bersama warga akademik Pusat Asasi Sains Pertanian (ASPutra) di Bilik Seminar ASPutra pada pagi tadi bagi memperkukuh hubungan antara pengurusan tertinggi universiti dengan warga akademik.

Sesi yang bermula pada jam 10.00 pagi itu menjadi platform untuk YBhg. Dato' Naib Canselor menyampaikan amanat berhubung hala tuju strategik universiti, usaha memperkasakan budaya kerja berprestasi tinggi serta memperkukuh kecemerlangan dalam bidang akademik, penyelidikan dan perkhidmatan.

Dalam ucapannya, beliau menegaskan bahawa kejayaan sesebuah institusi bergantung kepada komitmen, integriti dan semangat kebersamaan seluruh warganya.

"Setiap warga UPM memainkan peranan penting dalam memastikan universiti terus cemerlang. Budaya kerja yang berintegriti, inovatif dan berorientasikan prestasi perlu terus diperkasakan demi melonjakkan kecemerlangan UPM di peringkat nasional dan antarabangsa," katanya.

Perjumpaan tersebut turut memberi ruang kepada warga akademik ASPutra untuk mengemukakan pandangan, cadangan serta isu berkaitan pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan, pembangunan bakat, kebajikan staf dan penambahbaikan kemudahan. Semua pandangan yang dikemukakan telah diberi perhatian dan maklum balas oleh pihak pengurusan universiti.

Turut hadir ialah barisan pengurusan ASPutra serta pegawai-pegawai kanan universiti yang bersama-sama mengikuti sesi dialog dalam suasana mesra, profesional dan penuh keterbukaan.

Terdahulu, Prof. Madya Dr. Marina Mohd. Top@Mohd. Tah, Pengarah ASPutra  dalam ucapan alu-aluan telah membentangkan kerangka Hala Tuju Strategik ASPutra Tahun 2026 yang sejajar dengan lima Fokus Utama UPM iaitu, Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Kesihatan Planet dan Kelestarian, Kesohoran Global, Kesejahteraan Warga dan Jiwa Putra dengan pelan tindakan yang berkaitan True North UPM yang kini dalam peringkat pelaksanaan.

Program ini diharapkan dapat memperkukuh semangat kebersamaan serta meningkatkan komitmen seluruh warga ASPutra dalam merealisasikan aspirasi Pelan Strategik UPM 2026 – 2030 sebagai sebuah universiti bereputasi antarabangsa yang mampan.

Gambar 1: YBhg. Dato' Naib Canselor UPM menyampaikan amanat kepada warga akademik ASPutra dalam sesi perjumpaan yang berlangsung di Bilik Seminar ASPutra.

 

Gambar 2: Warga akademik ASPutra mengikuti sesi dialog bersama YBhg. Dato' Naib Canselor yang berlangsung dalam suasana mesra dan penuh keterbukaan.

Gambar 3: Sesi soal jawab memberi peluang kepada warga akademik mengemukakan pandangan dan cadangan bagi memperkukuh kecemerlangan ASPutra dan UPM.

Gambar 4: YBhg Dato’ Naib Canselor UPM dan Jawatankuasa Pengurusan Universiti bergambar ramai dengan sebahagian warga akademik Pusat Asasi Sains Universiti Putra Malaysia (ASPutra)

 

Disediakan oleh:

Dr. Jamali bin Janib
Ketua Penolong Pendaftar
Pusat Asasi Sains Universiti Putra Malaysia (ASPutra)

 

 

 

Date of Input: 07/08/2026 | Updated: 07/08/2026 | hasniah

MEDIA SHARING

CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES IN SCIENCE OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696998
tiada
W, (12:22:28pm-12:27:28pm, 06 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]